Pages

Wednesday

Penjagaan Inai

Pemakaian inai atas tangan, tapak tangan & kaki termasuk hujung jari akan memakan masa 3-4 jam. Kebiasaannya pengantin akan memakai inai di rumah. Apabila selesai diinai, pengantin selalunya akan terus tidur dan tidak membuat sebarang kerja. Oleh itu pengantin dinasihatkan telah mandi terlebih dahulu sebelum memakai inai...

Inai tersebut akan mula mengering dan boleh ditanggalkan selepas 4 jam pemakaian dan jika dijaga dengan elok boleh tahan sehingga seminggu. Pengantin disarankan agar membiarkan inai sampai keesokkan paginya atau sekurang-kurangnya selama 7 jam, kalau lebih lagi bagus. Kemudian inai boleh dikopek/ditanggalkan. Jangan basuh inai dengan air kerana air akan memudarkan lagi warnanya.

Pengantin dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja-kerja membasuh pinggan dan pakaian, dalam erti lain jangan bermain air dan sabun. Pengantin dinasihatkan juga menggunakan sudu dan garfu ketika makan dan apabila hendak mandi pastikan pengantin menyapukan minyak bayi di kawasan inai. Ini untuk mengelakkan warna inai cepat pudar.

SIM tidak akan bertanggungjawab jika warna inai cepat pudar disebabkan pengantin tidak mengikut nasihat yang disarankan.

Oleh itu cepat hubungi/email SIM untuk tempahan tarikh berinai. SIM bakal menyerikan tangan dan jemari anda di hari pernikahan dan persandingan anda.